7 Tips Menjaga Bayi Pramatang

Assalammualaikum...entri harini ni mummy nak story tips atau cara kita nak handle bayi yang lahir tidak cukup bulan atau pramatang

Bayi lahir tidak cukup bulan atau bayi pramatang memerlukan penjagaan khusus berbanding bayi lahir normal. Bayi pramatang ni  lahir awal iaitu antara 28 hingga 36 minggu usia kehamilan ibu.

Semakin pramatang usia bayi, semakin rumit penjagaannya. Lebih kurang lapan peratus bayi dilahirkan pramatang di Malayasia. Oleh kerana kebanyakan bayi pramatang lahir dengan berat badan terlalu ringan iaitu kurang daripada 2 kg maka doktor akan memantau beratnya sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

Jadi ibu memainkan peranan penting membantu bayi bertambah berat badan bagi mengurangkan risiko lain kepada bayi. Untuk perkembangan optimal bayi pramatang, wujudkan suasana seperti di dalam rahim.

Beberapa langkah ini dapat membantu bayi pramatang anda cepat membesar.

 Posisi tidur

Ciptakan tempat tidur bayi daripada gulungan selimut tebal yang dibuat bentuk huruf U. Letakkan bayi dalam ‘sarang’ tersebut seperti posisinya di dalam rahim. Dalam kedudukan ini, bayi merasakan dia sentiasa dipeluk dan tidak akan terperanjat kerana terasa seperti hendak terjatuh.

Pegang bayi

Memegang bayi pramatang dengan kemas tanpa membuatnya tersentak. Ketika mengangkat bayi, pegang juga kedua lengannya, serapat yang boleh, selain menahan leher ataupun punggungnya. Boleh juga dukung bayi dalam keadaan berbedung.

Pasangkan lampu yang malap

Ketika menyusukan bayi dan tidurkannya, pastikan anda hanya memasang lampu yang bercahaya malap. Tidur yang lama, koordinasi pernafasan dan menelan dengan baik susu yang dihisap menggalakkan kenaikan berat badan lebih tinggi. Bila cahaya terlalu terang, bayi akan menutup mata sehingga rangsangan penglihatan menjadi kurang baik.

Tidak boleh penat

Jangan lakukan beberapa aktiviti berturut-turut. Misalnya menggantikan lampin, memakai baju dan menyusukannya, ini akan membuatkan bayi berasa kepenatan. Antara tanda bayi penat adalah hilang fokus mata, tangan seperti menolak, mengantuk, menguap berlebihan dan meragam.

Elak bunyi bising

Jangan sesekali membuat bising seperti bercakap kuat di depan bayi atau menutup pintu bilik dengan kuat ketika bayi tidur. Bayi pramatang memerlukan tidur berkualiti untuk merangsang hormon pertumbuhan dan perkembangan sel otak yang optima.

Rawatan kaedah kanggaro

Rawatan ini untuk mempertahankan suhu badan bayi, menstabilkan denyut jantung dan pernafasan, membuat tidur lebih banyak, jarang menangis, meningkatkan pengeluaran susu ibu. Kaedah ini disarankan untuk bayi pramatang dengan berat badan di bawah 2500 gram.

Lakukan stimulasi

Stimulasi berupa sentuhan, suara dan penglihatan dapat membantu bayi pramatang. Hangatkan tapak tangan anda ketika memegang bayi. Letakkan jari telunjuk dalam genggamannya. Bayi suka suara ibu, jadi ajaklah dia berbual ketika menyusu atau sebelum bayi mengantuk. Ketika berbual dengan bayi, jarakkan wajah anda antara 20-30 cm di hadapannya.

Ini adalah sebahagian tipsnya..selamat mencuba pada ibu yang ada bayi pramatang..cekalkan hati anda

#pengedarshakleekotasamarahan
#shakleeamazing
#shakleeeffects
#shakleebrunei
#shakleemalaysia
#collagenpowderbest
#cantikluardalam
#naturalisawesome
#shakleekuching
#liveamazing
#fjmfamilies
#projekrm2000

Comments

Popular Posts