Hilangkan Jeragat || Tips Untuk Atasi Jeragat

Assalammualaikum...harini topik kita best sket..iaitu jeragat...ape yg uolls paham tentang jeragat yer

Jeragat ni adik kepada jerawat ia berbentuk seperti lekukan kecil pada kulit muka.Ini terjadi disebabkan pembentukan minyak,sel kulit mati & bakteria dia liang-liang pori muka kita ni.Selalu jeragat ni wujud di hidung,dahi,dagu dan juga kawasan pipi kita

Sayangkan kadang kulit mulus putih gebu gebas,sekali jeragat merata rata...
Jom mummy kongsikan tip tradisional untuk hilangkan /kurangkan jeragat

7 Petua Tradisional untuk hilangkan jeragat

🍃 Ambil beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar kering sebentar dan bilas dengan air suam.

🍃 Hampas kelapa selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam. selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.

🍃 Ambil 1 sudu tepung jagung, perahkan sebiji air limau purut atau limau nipis, agak-agak sampai pekat dan boleh di sapu di muka seperti masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.

🍃 Jika makan pisang berangan tu jangan lagi buang kulitnya tu. Sapu-sapu dulu di kawasan yang naik jeragat tu, biar kering sekejap kemudian bilas dengan air.

🍃 Ambil segenggam beras dan rendamkan seketika, lebih kurang 1 jam macam tu, kemudian tos dan tumbuk bersama-sama kunyit hidup lebih kurang 1 cm sehingga lumat. Kemudian perahkan sebiji limau nipis/purut kedalam beras yang di tumbuk tadi beserta sebiji putih telur.. gaul sebati dan boleh tempek di muka sebagai masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.

🍃 Ambil putih telur dan masukkan tisu ke dalam putih telur tu. Ambil tisu tadi dan tempek dimuka yang ada jeragat tu. Biar kering dan bilas.

🍃 Tumbuk 1cm kunyit hudup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar lebih kurang 20min kemudian bilas dengan air suam.

Petua yang mummy kongsikan di atas merupakan petua tradisional, tapi itu lah kadang-kadang kita ni tak sempat nak buat petua ni dengan kekangan masa dan kesibukan bekerja.

Jadi dalam next entri mummy nak kongsikan petua modern untuk jerqgat ni...

Comments

Popular Posts